Blogger Backgrounds

21 July 2010

TeMan-tEmaN seRumAh

Time cuti sem hari tu bilangan kucing kat rumah aku mencecah 17 ekor. Tapi sebab banyak anak2 kucing yang baru lahir mati, bilangan terkini adalah 12.
Aku nak memperkenalkan beberapa ekor kucing yang menjadi teman tapi mesra aku di kampung.

Ji-un
Kurus kering tapi berat nak mampos
Paling rapat dengan aku
AWAS, suka gigit jari kaki manusia
Baru mengalami keguguran anak pertama

En Itam Anak Jantan Cik Am
Nama asal GD tapi tak jadi
Sangat aktif dan cergas
Suka membuli budak2 kecik

Lovely couple
tapi
X setia
Asyik tukar2 pasangan jer

Cik Patrol@Adiktrol
Kucing yang berasal dari Market Selama
Tiap2 pagi sekor tikus atau tupai akan menjadi makanan breakfast dia
Kucing yang paling rajin, paling penyayang, paling kurang buat hal
n
Baru ader sekor anak

Kembar seiras
A-Cun n DikBam
Diaorang nie bukanlah kembar tapi adik beradik satu emak lain bapak
sekor jantan sekor betina
sekor tua sekor muda


My new kitten
SHANE namer die (diubahsuai dari SHAME)
Anak DikBam

Ram-adik Shane (kebarangkalian 50% sbb die kecik kemetot)
pandai posing..macam model gitu..

antara situasi di dapur time mak aku cuci ikan
~Sila beratur untuk mengambil makanan~

"Bagi sesiapa yang ingin menikmati tidur yang nyenyak dibawah pohon pisang sambil ditiup angin sepoi-sepoi bahasa, pastikan anda mengambil langkah keselamatan untuk mengelakkan diri anda dikacau dan dicederakan oleh pemangsa. Saya mengamalkan kaedah camouflage atau penyamaran memandang warna bulu saya amat menyerupai tanah dan daun pisang kering."......Cik Am

Yang terakhir..
DikBam yang suker tidur dalam pelbagai posisi yang kurang senunuh

Begitulah sebahagian penghuni sampingan rumah aku di Tebing Tinggi. Beberapa ekor lagi tidak dapat diperkenalkan di sini kerana tidak dapat memberi komitmen yang baik semasa bergambar..sekian terima kasih.

13 July 2010

Gem0k geMok gEmok

Aku dh gemok!! sgt2 gemok..gemok gemok gemok...

gler mendadak berat bdan aku naik..
muka ya lonjong dan panjang dulu dh jadik bulat macam bola
pp dh sme tinggi ngan idung
tulang2 y timbul kat permukaan kulit lenyap ditelan lemak
jari2 tangan menjadi tembam2 belaka
aaRGh.......segala2 nya berubah..
tapi
baju sumer muat lagi tuk dipakai
syukur....

hnya 7 minggu hidup bersenang-lenang di kg, sumer bertukar bentuk..
aiya...apa mau jadi maa
sbelom ni aku x prasan sgt y badan aku nie gem0oook sgt
tapi pas amik gmbr kat kedai Fujifilm td, br aku perasn betapa gem0oooknya aku d kala ini
ble ltk gmbr 2 sebelah gmbr i/c~~~ bagai langit ngan bumi. jauh benor bezernyer
klu ckp 2 org y berbeza pn ader org cayer..
nak tgok gmbr 2?
X yah!! memalukan aja..nk simpan buat pekasam
patut la semalam ader bbrp org y aku knl nengok semacam jer.
inilah sbbnyer~~FATIMAH SUDAH MENGEMBANG

nak kata terlampau bersenang kat kg, xder la sgt
aku berkebun~tanam pkk sayur
aku memandu dan dipandu
aku mengajar dan belajar
aku mengemas dan sepah semula
aku tidor awal dan bangun pun awal tau!!
aku membeli dan membuang duit
aku keluar dan balik semula
aku masak, adik masak, mak masak
dan aku makan..makan..makan..
yep! itu puncanya...kuang kuang kuang..x dpt disangkal lagi

rencana lpas nie >> bt program pengurusan badan laa
kn sorok duit kat mn2..
xleh beli jajan byk2 dh (buah dan sayur dibenarkan)
makanan harus dicatu
exercise?? huhu...i2 kn fikir 20 tau 30 kali dulu
hek3..inilah sikap c pemalas..








19 May 2010

DaRi SoGo kE SelaYang

Walaupun dah 2 tahun aku menetap di Kuala Lumpur ni, namun aku sangat2lah buta ngan jalan2 kat KL nie.
Tadi selepas membeli buku Idik kat Jalan Tar, aku pun naiklah bas kat depan sogo nak ke chow kit.
aku x nk naik teksi sbb nak save duit lah konon nyer.. 
nak naek monorail jauh sangat nak jalan. 
maser kat perhentian bas dpn sogo tu, riuh rendah suara org memanggil-manggil penumpang..bile aku dengar jer "chow kit2, bla2, bla2...." aku terus naik bas tu. 
tanpa berfikir bas tu nak ke maner.. yang penting ader perkataan 'Chow kit'.
tambangnya rm1.murah ajer..save money!!
bas pun meluncur laju meninggalkan sogo...brum..brum..brum..
pastu sampai la satu area nie..aku x tahu kat maner, mcm x penah sampai pun, kakak tiket tu pun jerit..chow kit, KFC, turun!! 
Aku X nak turun kat cni..mne aku thu jalan nak balik kampus dri cni..mampus r aku..
aku X turun..bas pun bergerak semula..
aish??? naper x sampai2 monorail cowkit lagi? atau Uo ker?  tdi kakak 2 ckp bas ni g chow kit.
aku tengok kiri..tengok kanan..jalan die mkin pelik..
Jalan ipoh..Klinik REddy..tesco extra..
tbe2 auntie cina kat sebelah aku tnyer : bas nie g mana ma?
aku: ntah..saya lagi x tahu anty..
perbualan kami ddgri oleh driver bas 2..dia cakp: i-ni bas mau p-g selayang. anty mau p mana?
anty: kepong!
driver: kepong bas lain..trun sni n ambik bas lain..
anty pn trun...
AKU???
SAH..aku dah sesat!!!
cuak dah nii..nak nanges pun ader..dah la sorg2..x thu jln plak 2..
Hati aku y tgh cemas nie pn berkata " turun kat cni ! amik bas lain ker chow kit"
aku akur dgn kata hati aku..aku hanya mampu menurut, x ada daya tuk melawan lagi..
aku turun depan tesco mne ntah, lintas jalan n tahan bas lain yang kebetulan lalu di situ
aku: pak cik bas nie g chow kit x?
Driver: pergi
ya Allah..hanya tuhan saja yang tahu betapa bersyukur nya aku wak2 tu..
dpt jugak aku balik..
dalam bas aku call kawan aku, c-hah..pas ckp ngan dia, tenang ckit rasanya..kurang sedikit kadar dengupan jantung aku nie..
bas kali nie x salah lagi..ianya berhenti betul2 kat monorail chow kit.
dri situ aku g kampus and amik bas blik ke asrama.
fuh.. penat gler..rse macam x nk naik bas kat KL dh after nie..
tapi ble difikirkan balik, semuer nie salah aku sendiri

  • x alert ngan aper ya tertulis kat depan bas 2
  • meluru tanpa berfikir
  • x tanya dulu sebelom naik
  • x pernah nak cbe mengenali sistem bas kat cni. ckit2 nek teksi, monorail, Lrt....
  • dan lain2
esok aku nak g gombak sorang2 n NAIK BAS LAGI..
aku x pernah serik!!
TAPI
aku dh amik langkah bijak untuk mengelakkan pisang berbuah 2 kali
aku dh kaji bas routes nak ke gombak sok.=)
sp2 yang nak tgok bas  RAPID n LRt routes bleh tgok d link ini..


15 May 2010

Aku SeOraNg PelaJaR (Part 1)

 Assalamualaikum teman...
Petang tadi dalam kebosanan tinggal sorang-sorang kat bilik asrama yang teramat lah sunyi nie, membuatkan aku teringat-ingat kisah-kisah aku masa kat sekolah dulu. Terasa nak menulis tentang perjalanan hidup aku sebagai seorang pelajar. 

       Pendidikan formal aku bermula sejak aku berumur 5 tahun apabila mak dan abah aku menghantar aku ke Tadika Kemas Tebing Tinggi. Namun aku tak bertahan lama di situ. Lebih kurang 6 bulan sahaja aku menjadi pelajar kat situ, then aku berhenti. Reason nyer, aku merajuk dan bengang dengan cikgu tadika tu sebab tak datang mengajar. Disebabkan dia tak datang mengajar hari itu, aku terpaksa berjalan kaki balik ke rumah sejauh 1km. Dengan badan yang montel memang memenatkan untuk menghabiskan perjalanan sejauh 1km itu. Akibatnya, sampai ke akhir aku tak pergi ke Tadika. TAPI masa hari graduasi tadika, aku pergi..huhu..(memang muka tak tahu malu betul) 

       Selepas itu, aku masuk darjah satu kat Sek Keb Tebing Tinggi. 1km jugak dari rumah aku. Dari darjah satu sampai darjah 3, aku pergi ke sekolah dengan membonceng basikal tua mak aku. Setiap hari selepas menghantar aku ke sekolah, mak aku akan terus ke kebun getah untuk mencari nafkah. Pada hari2 mak aku tak berkerja, basikal tua tadi akan dinaiki oleh tiga orang manusia-mak,adik dan aku. Beberapa kali basikal itu terjongket ke belakang sebab berat sangat. Kemudian masa aku darjah 4, mak belikan aku basikal baru untuk dibawa ke sekolah.


     Masa darjah 1, aku rasa akulah manusia paling bodoh kat sekolah tu. Baca ABC pun tak lepas. Mana tidak nya, orang lain semua dah belajar ABC dan 123 masa kat tadika, aku pulak dok bersenang-lenang kat rumah. Susah giler nak catch up. Aku pernah bertengkar ngan kawan aku sebab aku kata dari A to Z ada 24 huruf. Sebenarnya ada berapa huruf ya? 

       Banyak kali juga aku cuba ponteng sekolah sebab malu dan beberapa kali juga aku dikejar sekeliling rumah oleh arwah ayahku  kerna tidak mahu ke sekolah. Masa peperiksaan pertengahan semester, aku dapat no 6....Aku tak suka nombor tu. Oleh tu, aku belajar rajin2 sampailah aku dapat nombor 1 masa Peperiksaan Hujung Tahun..

       Antara kenangan yang meninggalkan impak sampai sekarang ialah aku terjatuh sampai 2 batang gigi central incisor aku patah. Masa tu Darjah 3. Teruk juga aku keadaan aku waktu tu. Baju aku koyak-rabak, kain aku berlubang, muka aku bercalar-calar ( nasib baik xder parut sekarang) dan hidung berdarah. Walaupun teruk,aku tak terus balik ke rumah. Aku stay sampai habis kelas. Aku tak nak miss 1 kelas pun..Sebab aku nak dapat Hadiah Kehadiran Penuh pada hari penyampaian hadiah.. Itu aja sebabnya.. Bila balik rumah, aku tengok mak sangat sedih dan risau. Banyak kali dia pesan " Tien, jalan baik-baik! Kaki hang tak padan dengan badan hang yang besaq tu".. Kakak aku pernah cakap, badan aku ni bentuk macam botol terbalik~ besar di atas kecik di bawah.

         Dulu-dulu masa darjah 3 ada peperiksaan PTS( tak ingat nama penuh dia aper), aku dan 5 org kawan aku  dapat ambik exam tu.  Aku sangat suka soklan exam 2, macam kuiz. Banyak ikut logik. Tapi bila result kuar, aku jer yang berjaya. Aku sorang ja yang dapat masuk darjah 5. Istilah yang orang kampung aku panggil ialah 'budak lompat'. Memang dalam dilema waktu tu ( bukan aku, tapi mak aku). Tak tahu apa buruk dan baik nya kalau jadik 'budak lompat' ni. Setelah berbincang dengan cikgu kelas, mak aku membuat keputusan untuk tidak memasukkan aku terus ke darjah 5. Aku rasa keputusan yang mak aku ambil pada waktu tu amat tepat sekali. Biar lambat, asalkan selamat.

Masa kat sekolah, aku sering diejek oleh kawan-kawan~BUDAK GEMUK. Mula-mulanya memang ber tapi lama-lama dah tak kisah dengan panggilan tu. Dah Muak. Lantak lah nak panggil aku apa pun, aku bukan makan beras bapak hampa. 

UPSR aku dapat 4A 1B. B for BI. Tak berapa bagus kan? Ada sorang kawan aku dapat 5A, sekarang dia amik cikgu (ustazah) kat UPSI. Aku tak dapat tawaran ke mana-mana sekolah berasrama penuh seperti kawan aku yang dapat 5A tu. So, aku melanjutkan pelajaran kat sekolah menengah harian dekat2 dengan rumah aku saja. Namanya Sek. Men. Keb. Dato' Haji Hussein. Perjalanan aku disana akan aku ceritakan di lain masa dan ketika. InsyaALLAH.

08 May 2010

HaNdSet BarU LaGI???





Malam ni tak boleh tidur...kenapakah?? insomnia kah?? entahlah..

Aku makin bingung dengan sleep cycle aku sejak akhir-akhir nie..
Turut sama berserabut ngan otak dan bilik aku.. 
Nak kata tak mengantuk, dah berpuluh-puluh kali menguap..
Nak kata aku tak selesa tidur, dah macam-macam posisi tidur aku tibai.satu pun tak berkesan..
Alang-alang tak boleh tidur, lebih baik aku update blog nie..

Sebenaqnya aku nak habaq yang 
aku beli enset baru lagi..

Hobi baru=membeli-belah handphone

Model yang aku beli kali nie biaser-biaser ajer
Cuma Nokia 2700 Classic
Nak tengok rupa dia macam mana??
Nie ha kat bawah nie

tapi yang nie bukan aku punya..aku ciplak dari google sahaja

Kenapa nak beli handphone baru? Kan baru jer beli..

YA BETUL..memang baru jer aku beli handphone Sony Ericsson model W995 ujung tahun lepas

Adakah aku tidak berpuas hati ngan model nie?
Adakah aku nak menunjuk-nunjuk?
Adakah aku terlampau banyak duit sampai tak tahu nak beli aper?
Adakah aku tamak sangat sampai nak guna tiga handphone?
(3 sebab aku still guna fon yang lama)

Nokia 1110

JAWAPANNYA =TIDAK, TIDAK, TIDAK dan TIDAK


Sebenarnya 
Handphone adik aku rosak
Tinggal yang mak aku punya jer kat rumah
Telefon rumah plak dah lama bermasalah
Selalu tak ader line sebab manusia-manusia yang tak reti nak buat kejer lain
Asyik mencuri kabel telefon jew
~



(╯_╰)


Susah sangat kalau nak saling contact mengcontact biler ader satu jer fon kat rumah
Terutamanya biler adik aku pergi kem, tuisyen, seminar atau apa-apa yang berjauhan dengan mak aku
Bukan susah tapi sangat-sangat susah!!
Oleh yang demikian, aku membeli handphone baru untuk diberikan kepada dua orang kesayanganku di rumah tu.
Supaya semuanya kembali seperti sediakala
Supaya episod risau dan sedih berkurangan
Supaya penyakit kerinduan dapat diubati
Supaya kasih-sayang terus berpanjangan. 



 (◡‿◡✿)






28 April 2010

SyndroMe StuDy WEek~

Pagi nie aku curi sikit masa study week tuk tulis entry nie..
hari nie dah masuk hari ke-5 study week dan aku baru habiskan beberapa lembaran nota lectures..
banyak lagi nak cover dalam 5 hari terakhir nie..almost 80% more to go..microbiology, pathology, pharmacology, dental material, operative dentistry n tak luper juga kat pengurusan masa yang exam nyer petang sok..
sepanjang 4 hari yang lepas, aku  tak sedar bile aku tidor..
yang pastinyer, selepas selesai solat isyak, aku akan duduk kat meja study..
pastu bacerlah aper2 yang patut..
yang peliknyer bile aku bangun pagi esoknyer aku dah ader kat katil and lecture note yang aku bacer malam tadi still kat page yang sama.. 
yang menjadi persoalannya adalah, bilakah masanya aku bergerak dari kerusi yang jaraknyer satu langkah dari katil i2? pukul berapa aku tertidur? kenapa pages lecture note 2 tak beralih sikit pun?
lagi satu yang membinggungkan aku adalah, esok pagi nyer aku akan bangun punya lah awal..kul 3, kul 4, kul 5..bangun sebab terkejut ngan macam2 mimpi antu..salah satu yang aku ingat lebih kurang macam nie la mimpi 2..

Petang 2 ader sorang kawan suruh ajar aku ajar die something
so, aku tunggu lar kedatangan die kat bilik aku sampai aku tertido

"knock..knock..knock....."
bunyi nyer sangat lemah lembut
aku bingkas(serta-merta) bangun dan buker pintu
aku pandang kiri pandang kanan 
XDER PE2
..
TIBA-TIBA
seluar aku ditarik-tarik oleh sesuatu..hampir luruh jantung aku dibuatnyer
ader sorang budak pompuan, kecik sangat tubuh die
die ketawa berkekeh-kekeh
she said: HAHAHA...wakenabeb
aku bingung?!@$#$*&*()_!@#
apekah?? 
then, die cepat2 lari..
aku fikir, mesti budak nie tersesat kot..
aku tutup semula pintu bilik and balik ke katil
sebelum sambung balik tidur, aku sempat menjeling jam handset..pukul 3 pagi

Serta-merta aku terjaga dari tidur aku..dan terus tengok kat pintu bilik
wooh(lega)........mimpi ajer rupernyer..tapiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii....bile tengok jam...MEMang KuL 3 PAgi...
adakah perkara tadi benar2 terjadi??? 
ok, X nak fikir..cepat-cepat aku sambung tidur balik..dengan jantung yang berdentam dentum..dengan badan menggigil-gigil (sebab bukak kipas kuat sangatt)..
lepas mimpi tu aku dah tak berani nak pegi tandas awal2 pagi..aku tunggu orang kat surau azan, baru aku bangun g mandi..pengecut betul lah aku nie..@_@

Alangkah bagusnya kalau aku dapat guna masa aku terbangun awal tu buat solat2 sunat dan sambung study..aku harap, esok kalau aku terbangun awal lagi, aku nak beranikan diri tuk memanfaatkan pagi yang berharga tu..bukan senang nak dapat peluang bangun awal macam tu..insyaALLAH xder ape-ape.. mimpi tu kan mainan syaitan..sajer suke2 nak kacau orang (memang itupun keje die)...Oleh yang demikian, marilah sama2 kiter melawan hasutan dan tipu daya c syaitan (^_^)..............








18 April 2010

MaKANan itU PEntiNG

Sepanjang hujung minggu ini, aku hidup tanpa sebarang kudap-kudapan. Tersiksa perut dan fikiran aku. Serba-serbi tak kena macam ibu kucing nak beranak..Duduk salah, bangun salah, tido tak salah. Asyik fikir nak mengunyah jer..

Selalunya kat rak aku nie ader jer aper2 yang boleh dikunyah dan dimamam bile raser nak makan..
Tapi minggu nie memang kosong gler..Biskut kering pun tak ader..Maklumlah, dah lamer tak gi meruncit di Untung Orangramai (UO) kat Chow Kit 2..

Petang tadi lah yang paling tersiksa..sampai bacer nota aper pun tak nak masuk dalam otak...Otak dah penuh sangat ngan bayangan macam2 makanan..
tak henti2 fikir  "nak kopok, nak apollo, nak meehun sup....nak balik rumah, nak makan banyak2"
Tak pasal2 rindu kat makanan yang mak masak..

kat rumah, makanan sentiasa ader..klu  tak ader, boleh masak sendiri..:) 
boleh makan berapa kali, berapa banyak yang kau nak..
Klu rutin harian manusia makan 6 kali sehari-breakfast, makan pagi, lunch, makan petang, dinner and supper, kat rumah kau boleh makan in between maser2 tu..cube bayangkan berapa kali aku makan sehari..
Non STOP mengunyah..
sekarang kat asrama nie, klu lapo pandai2 sendiri la nak hidup..

Kembali kepada cerita kebuluran ku petang tadi..
lepas solat asar, aku amik rice cooker nak rebus barli..ingat nak campur ngan agar2..nak buat agar2 barli (idea merapu ble lapor dengan menggunakan sisa2 bahan yang tinggal) 
maser tengah rebus barli, sambil membelek handphone SE W995 aku..

TIBA-TIBA
.
.
.
.
.
.
ader satu mesej penyelamat perutku diterima
" Fatiem.awk nk g beli mkn mlm x?" 
serta-merta bibir yang lebar nie menjadi semakin lebar n curve ke atas pulak tu
mestila NAK..saya kelaparan nie!!!
macam buku bertemu ruas (macam tak kene jer)
macam orang ngantuk disorongkan bantallah
macam orang lapar diajak makan (paling tepat!!) 
akhirnya
dapat makan
YEY
@-@
pada maser yang samer terlintas dalam fikiran aku
"Naper aku asyik fikir makanan ringan ajer, kan ader kafe kat cni"
ADER CAFE = ADER MAKANAN
adakah kelaparan ini mengaburi fikiran aku?
atau kemalasan Fatimah menutupi kewujudan cafe di situ?


begitulah ceritaku yang sangat merapu
sebelum menutup cerita kali nie, aku nak ucapkan terima kasih banyak2 kat ET yang mengajak aku g makan petang nie
dapatlah aku fokus tuk study malam nie
ALHAMDULILLAH
(^_^)



  

07 April 2010

ruMahKu

Gambar-gambar yang diambil disekitar rumahku yang terletak di Kg. Tebing Tinggi, Selama Perak.

INI RUMAH SAYA..
bukan la..nie gambar yang dilukis oleh kakak aku..dia memang pandai melukis..expert gitu..kat rumah, tak perlu susah-susah beli lukisan yang harga ratusan ringgit.. semuernyer free of charge.(≧◡≦)..tq to her..



ni barula betul gambar rumah saya..(。◕‿◕。) 
totally rumah kampung..nak kata banglo pun boleh la. besar gak rumah nie.

dari pandangan belakang


nie stor atau nama glamournyer "kedai buruk"
dulu tempat ni adalah kedai runcit arwah ayahku..sebab tu nama die kedai buruk..

dulu varandah..skrg dah jadi stor jugak


yang nie ruang tamu..baru lepas kemas, sebab tu teratur jer semuer bende..

nie parit (atau sinonimnyer sungai yang kecik) kat depan rumah..
dulu airnyer cantik sangat, boleh mandi-manda..
sekarang tak lagi..(╯_╰)
kalau terjun dalam 2, kuar bau cam ikan la jawab nyer..


ayam-ayam yang sibuk nak berehat atas tempat mak aku semai anak pokok sayur.


pelangi yang indah di suatu petang yang sepi

jalan yang digunakan tuk pergi ke rumah jiran..
sekarang jalan ni dah berturap


kura-kura yang sesat..


1 daripada puluhan pokok pisang di rumahku


Cik Am (dh jdi Puan dh pun) di jurai kolah air..
ni bekas bilik air yang lama..


lastly...
signboard sebelum masuk ke lorong rumahku...

Itulah serba yang sangat sedikit mengenai rumah tempat aku membesar. Walaupun setiap hari ada sahaja perubahan yang berlaku di sekeliling rumah ataupun dalam rumah tu sendiri, namun ia masih teguh berdiri di situ untuk melindungi penghuni-penghuni rumah tersebut. Banyak sangat kenangan suka dan duka keluarga aku tertanam di situ.
È