Blogger Backgrounds

15 May 2010

Aku SeOraNg PelaJaR (Part 1)

 Assalamualaikum teman...
Petang tadi dalam kebosanan tinggal sorang-sorang kat bilik asrama yang teramat lah sunyi nie, membuatkan aku teringat-ingat kisah-kisah aku masa kat sekolah dulu. Terasa nak menulis tentang perjalanan hidup aku sebagai seorang pelajar. 

       Pendidikan formal aku bermula sejak aku berumur 5 tahun apabila mak dan abah aku menghantar aku ke Tadika Kemas Tebing Tinggi. Namun aku tak bertahan lama di situ. Lebih kurang 6 bulan sahaja aku menjadi pelajar kat situ, then aku berhenti. Reason nyer, aku merajuk dan bengang dengan cikgu tadika tu sebab tak datang mengajar. Disebabkan dia tak datang mengajar hari itu, aku terpaksa berjalan kaki balik ke rumah sejauh 1km. Dengan badan yang montel memang memenatkan untuk menghabiskan perjalanan sejauh 1km itu. Akibatnya, sampai ke akhir aku tak pergi ke Tadika. TAPI masa hari graduasi tadika, aku pergi..huhu..(memang muka tak tahu malu betul) 

       Selepas itu, aku masuk darjah satu kat Sek Keb Tebing Tinggi. 1km jugak dari rumah aku. Dari darjah satu sampai darjah 3, aku pergi ke sekolah dengan membonceng basikal tua mak aku. Setiap hari selepas menghantar aku ke sekolah, mak aku akan terus ke kebun getah untuk mencari nafkah. Pada hari2 mak aku tak berkerja, basikal tua tadi akan dinaiki oleh tiga orang manusia-mak,adik dan aku. Beberapa kali basikal itu terjongket ke belakang sebab berat sangat. Kemudian masa aku darjah 4, mak belikan aku basikal baru untuk dibawa ke sekolah.


     Masa darjah 1, aku rasa akulah manusia paling bodoh kat sekolah tu. Baca ABC pun tak lepas. Mana tidak nya, orang lain semua dah belajar ABC dan 123 masa kat tadika, aku pulak dok bersenang-lenang kat rumah. Susah giler nak catch up. Aku pernah bertengkar ngan kawan aku sebab aku kata dari A to Z ada 24 huruf. Sebenarnya ada berapa huruf ya? 

       Banyak kali juga aku cuba ponteng sekolah sebab malu dan beberapa kali juga aku dikejar sekeliling rumah oleh arwah ayahku  kerna tidak mahu ke sekolah. Masa peperiksaan pertengahan semester, aku dapat no 6....Aku tak suka nombor tu. Oleh tu, aku belajar rajin2 sampailah aku dapat nombor 1 masa Peperiksaan Hujung Tahun..

       Antara kenangan yang meninggalkan impak sampai sekarang ialah aku terjatuh sampai 2 batang gigi central incisor aku patah. Masa tu Darjah 3. Teruk juga aku keadaan aku waktu tu. Baju aku koyak-rabak, kain aku berlubang, muka aku bercalar-calar ( nasib baik xder parut sekarang) dan hidung berdarah. Walaupun teruk,aku tak terus balik ke rumah. Aku stay sampai habis kelas. Aku tak nak miss 1 kelas pun..Sebab aku nak dapat Hadiah Kehadiran Penuh pada hari penyampaian hadiah.. Itu aja sebabnya.. Bila balik rumah, aku tengok mak sangat sedih dan risau. Banyak kali dia pesan " Tien, jalan baik-baik! Kaki hang tak padan dengan badan hang yang besaq tu".. Kakak aku pernah cakap, badan aku ni bentuk macam botol terbalik~ besar di atas kecik di bawah.

         Dulu-dulu masa darjah 3 ada peperiksaan PTS( tak ingat nama penuh dia aper), aku dan 5 org kawan aku  dapat ambik exam tu.  Aku sangat suka soklan exam 2, macam kuiz. Banyak ikut logik. Tapi bila result kuar, aku jer yang berjaya. Aku sorang ja yang dapat masuk darjah 5. Istilah yang orang kampung aku panggil ialah 'budak lompat'. Memang dalam dilema waktu tu ( bukan aku, tapi mak aku). Tak tahu apa buruk dan baik nya kalau jadik 'budak lompat' ni. Setelah berbincang dengan cikgu kelas, mak aku membuat keputusan untuk tidak memasukkan aku terus ke darjah 5. Aku rasa keputusan yang mak aku ambil pada waktu tu amat tepat sekali. Biar lambat, asalkan selamat.

Masa kat sekolah, aku sering diejek oleh kawan-kawan~BUDAK GEMUK. Mula-mulanya memang ber tapi lama-lama dah tak kisah dengan panggilan tu. Dah Muak. Lantak lah nak panggil aku apa pun, aku bukan makan beras bapak hampa. 

UPSR aku dapat 4A 1B. B for BI. Tak berapa bagus kan? Ada sorang kawan aku dapat 5A, sekarang dia amik cikgu (ustazah) kat UPSI. Aku tak dapat tawaran ke mana-mana sekolah berasrama penuh seperti kawan aku yang dapat 5A tu. So, aku melanjutkan pelajaran kat sekolah menengah harian dekat2 dengan rumah aku saja. Namanya Sek. Men. Keb. Dato' Haji Hussein. Perjalanan aku disana akan aku ceritakan di lain masa dan ketika. InsyaALLAH.

1 comment:

È