Malam ni tak boleh tidur...kenapakah?? insomnia kah?? entahlah..
Aku makin bingung dengan sleep cycle aku sejak akhir-akhir nie..
Turut sama berserabut ngan otak dan bilik aku..
Nak kata tak mengantuk, dah berpuluh-puluh kali menguap..
Nak kata aku tak selesa tidur, dah macam-macam posisi tidur aku tibai.satu pun tak berkesan..
Alang-alang tak boleh tidur, lebih baik aku update blog nie..
Sebenaqnya aku nak habaq yang
aku beli enset baru lagi..

Hobi baru=membeli-belah handphone
Model yang aku beli kali nie biaser-biaser ajer
Cuma Nokia 2700 Classic
Nak tengok rupa dia macam mana??
Nie ha kat bawah nie

tapi yang nie bukan aku punya..aku ciplak dari google sahaja
Kenapa nak beli handphone baru? Kan baru jer beli..
YA BETUL..memang baru jer aku beli handphone Sony Ericsson model W995 ujung tahun lepas

Adakah aku tidak berpuas hati ngan model nie?
Adakah aku nak menunjuk-nunjuk?
Adakah aku terlampau banyak duit sampai tak tahu nak beli aper?
Adakah aku tamak sangat sampai nak guna tiga handphone?
(3 sebab aku still guna fon yang lama)
Nokia 1110
JAWAPANNYA =TIDAK, TIDAK, TIDAK dan TIDAK
Sebenarnya
Handphone adik aku rosak
Tinggal yang mak aku punya jer kat rumah
Telefon rumah plak dah lama bermasalah
Selalu tak ader line sebab manusia-manusia yang tak reti nak buat kejer lain
Asyik mencuri kabel telefon jew
~
(╯_╰)
Susah sangat kalau nak saling contact mengcontact biler ader satu jer fon kat rumah
Terutamanya biler adik aku pergi kem, tuisyen, seminar atau apa-apa yang berjauhan dengan mak aku
Bukan susah tapi sangat-sangat susah!!
Oleh yang demikian, aku membeli handphone baru untuk diberikan kepada dua orang kesayanganku di rumah tu.
Supaya semuanya kembali seperti sediakala
Supaya episod risau dan sedih berkurangan
Supaya penyakit kerinduan dapat diubati
Supaya kasih-sayang terus berpanjangan.
ohho.henset baru sehhhh~
ReplyDelete