Blogger Backgrounds

19 May 2010

DaRi SoGo kE SelaYang

Walaupun dah 2 tahun aku menetap di Kuala Lumpur ni, namun aku sangat2lah buta ngan jalan2 kat KL nie.
Tadi selepas membeli buku Idik kat Jalan Tar, aku pun naiklah bas kat depan sogo nak ke chow kit.
aku x nk naik teksi sbb nak save duit lah konon nyer.. 
nak naek monorail jauh sangat nak jalan. 
maser kat perhentian bas dpn sogo tu, riuh rendah suara org memanggil-manggil penumpang..bile aku dengar jer "chow kit2, bla2, bla2...." aku terus naik bas tu. 
tanpa berfikir bas tu nak ke maner.. yang penting ader perkataan 'Chow kit'.
tambangnya rm1.murah ajer..save money!!
bas pun meluncur laju meninggalkan sogo...brum..brum..brum..
pastu sampai la satu area nie..aku x tahu kat maner, mcm x penah sampai pun, kakak tiket tu pun jerit..chow kit, KFC, turun!! 
Aku X nak turun kat cni..mne aku thu jalan nak balik kampus dri cni..mampus r aku..
aku X turun..bas pun bergerak semula..
aish??? naper x sampai2 monorail cowkit lagi? atau Uo ker?  tdi kakak 2 ckp bas ni g chow kit.
aku tengok kiri..tengok kanan..jalan die mkin pelik..
Jalan ipoh..Klinik REddy..tesco extra..
tbe2 auntie cina kat sebelah aku tnyer : bas nie g mana ma?
aku: ntah..saya lagi x tahu anty..
perbualan kami ddgri oleh driver bas 2..dia cakp: i-ni bas mau p-g selayang. anty mau p mana?
anty: kepong!
driver: kepong bas lain..trun sni n ambik bas lain..
anty pn trun...
AKU???
SAH..aku dah sesat!!!
cuak dah nii..nak nanges pun ader..dah la sorg2..x thu jln plak 2..
Hati aku y tgh cemas nie pn berkata " turun kat cni ! amik bas lain ker chow kit"
aku akur dgn kata hati aku..aku hanya mampu menurut, x ada daya tuk melawan lagi..
aku turun depan tesco mne ntah, lintas jalan n tahan bas lain yang kebetulan lalu di situ
aku: pak cik bas nie g chow kit x?
Driver: pergi
ya Allah..hanya tuhan saja yang tahu betapa bersyukur nya aku wak2 tu..
dpt jugak aku balik..
dalam bas aku call kawan aku, c-hah..pas ckp ngan dia, tenang ckit rasanya..kurang sedikit kadar dengupan jantung aku nie..
bas kali nie x salah lagi..ianya berhenti betul2 kat monorail chow kit.
dri situ aku g kampus and amik bas blik ke asrama.
fuh.. penat gler..rse macam x nk naik bas kat KL dh after nie..
tapi ble difikirkan balik, semuer nie salah aku sendiri

  • x alert ngan aper ya tertulis kat depan bas 2
  • meluru tanpa berfikir
  • x tanya dulu sebelom naik
  • x pernah nak cbe mengenali sistem bas kat cni. ckit2 nek teksi, monorail, Lrt....
  • dan lain2
esok aku nak g gombak sorang2 n NAIK BAS LAGI..
aku x pernah serik!!
TAPI
aku dh amik langkah bijak untuk mengelakkan pisang berbuah 2 kali
aku dh kaji bas routes nak ke gombak sok.=)
sp2 yang nak tgok bas  RAPID n LRt routes bleh tgok d link ini..


15 May 2010

Aku SeOraNg PelaJaR (Part 1)

 Assalamualaikum teman...
Petang tadi dalam kebosanan tinggal sorang-sorang kat bilik asrama yang teramat lah sunyi nie, membuatkan aku teringat-ingat kisah-kisah aku masa kat sekolah dulu. Terasa nak menulis tentang perjalanan hidup aku sebagai seorang pelajar. 

       Pendidikan formal aku bermula sejak aku berumur 5 tahun apabila mak dan abah aku menghantar aku ke Tadika Kemas Tebing Tinggi. Namun aku tak bertahan lama di situ. Lebih kurang 6 bulan sahaja aku menjadi pelajar kat situ, then aku berhenti. Reason nyer, aku merajuk dan bengang dengan cikgu tadika tu sebab tak datang mengajar. Disebabkan dia tak datang mengajar hari itu, aku terpaksa berjalan kaki balik ke rumah sejauh 1km. Dengan badan yang montel memang memenatkan untuk menghabiskan perjalanan sejauh 1km itu. Akibatnya, sampai ke akhir aku tak pergi ke Tadika. TAPI masa hari graduasi tadika, aku pergi..huhu..(memang muka tak tahu malu betul) 

       Selepas itu, aku masuk darjah satu kat Sek Keb Tebing Tinggi. 1km jugak dari rumah aku. Dari darjah satu sampai darjah 3, aku pergi ke sekolah dengan membonceng basikal tua mak aku. Setiap hari selepas menghantar aku ke sekolah, mak aku akan terus ke kebun getah untuk mencari nafkah. Pada hari2 mak aku tak berkerja, basikal tua tadi akan dinaiki oleh tiga orang manusia-mak,adik dan aku. Beberapa kali basikal itu terjongket ke belakang sebab berat sangat. Kemudian masa aku darjah 4, mak belikan aku basikal baru untuk dibawa ke sekolah.


     Masa darjah 1, aku rasa akulah manusia paling bodoh kat sekolah tu. Baca ABC pun tak lepas. Mana tidak nya, orang lain semua dah belajar ABC dan 123 masa kat tadika, aku pulak dok bersenang-lenang kat rumah. Susah giler nak catch up. Aku pernah bertengkar ngan kawan aku sebab aku kata dari A to Z ada 24 huruf. Sebenarnya ada berapa huruf ya? 

       Banyak kali juga aku cuba ponteng sekolah sebab malu dan beberapa kali juga aku dikejar sekeliling rumah oleh arwah ayahku  kerna tidak mahu ke sekolah. Masa peperiksaan pertengahan semester, aku dapat no 6....Aku tak suka nombor tu. Oleh tu, aku belajar rajin2 sampailah aku dapat nombor 1 masa Peperiksaan Hujung Tahun..

       Antara kenangan yang meninggalkan impak sampai sekarang ialah aku terjatuh sampai 2 batang gigi central incisor aku patah. Masa tu Darjah 3. Teruk juga aku keadaan aku waktu tu. Baju aku koyak-rabak, kain aku berlubang, muka aku bercalar-calar ( nasib baik xder parut sekarang) dan hidung berdarah. Walaupun teruk,aku tak terus balik ke rumah. Aku stay sampai habis kelas. Aku tak nak miss 1 kelas pun..Sebab aku nak dapat Hadiah Kehadiran Penuh pada hari penyampaian hadiah.. Itu aja sebabnya.. Bila balik rumah, aku tengok mak sangat sedih dan risau. Banyak kali dia pesan " Tien, jalan baik-baik! Kaki hang tak padan dengan badan hang yang besaq tu".. Kakak aku pernah cakap, badan aku ni bentuk macam botol terbalik~ besar di atas kecik di bawah.

         Dulu-dulu masa darjah 3 ada peperiksaan PTS( tak ingat nama penuh dia aper), aku dan 5 org kawan aku  dapat ambik exam tu.  Aku sangat suka soklan exam 2, macam kuiz. Banyak ikut logik. Tapi bila result kuar, aku jer yang berjaya. Aku sorang ja yang dapat masuk darjah 5. Istilah yang orang kampung aku panggil ialah 'budak lompat'. Memang dalam dilema waktu tu ( bukan aku, tapi mak aku). Tak tahu apa buruk dan baik nya kalau jadik 'budak lompat' ni. Setelah berbincang dengan cikgu kelas, mak aku membuat keputusan untuk tidak memasukkan aku terus ke darjah 5. Aku rasa keputusan yang mak aku ambil pada waktu tu amat tepat sekali. Biar lambat, asalkan selamat.

Masa kat sekolah, aku sering diejek oleh kawan-kawan~BUDAK GEMUK. Mula-mulanya memang ber tapi lama-lama dah tak kisah dengan panggilan tu. Dah Muak. Lantak lah nak panggil aku apa pun, aku bukan makan beras bapak hampa. 

UPSR aku dapat 4A 1B. B for BI. Tak berapa bagus kan? Ada sorang kawan aku dapat 5A, sekarang dia amik cikgu (ustazah) kat UPSI. Aku tak dapat tawaran ke mana-mana sekolah berasrama penuh seperti kawan aku yang dapat 5A tu. So, aku melanjutkan pelajaran kat sekolah menengah harian dekat2 dengan rumah aku saja. Namanya Sek. Men. Keb. Dato' Haji Hussein. Perjalanan aku disana akan aku ceritakan di lain masa dan ketika. InsyaALLAH.

08 May 2010

HaNdSet BarU LaGI???





Malam ni tak boleh tidur...kenapakah?? insomnia kah?? entahlah..

Aku makin bingung dengan sleep cycle aku sejak akhir-akhir nie..
Turut sama berserabut ngan otak dan bilik aku.. 
Nak kata tak mengantuk, dah berpuluh-puluh kali menguap..
Nak kata aku tak selesa tidur, dah macam-macam posisi tidur aku tibai.satu pun tak berkesan..
Alang-alang tak boleh tidur, lebih baik aku update blog nie..

Sebenaqnya aku nak habaq yang 
aku beli enset baru lagi..

Hobi baru=membeli-belah handphone

Model yang aku beli kali nie biaser-biaser ajer
Cuma Nokia 2700 Classic
Nak tengok rupa dia macam mana??
Nie ha kat bawah nie

tapi yang nie bukan aku punya..aku ciplak dari google sahaja

Kenapa nak beli handphone baru? Kan baru jer beli..

YA BETUL..memang baru jer aku beli handphone Sony Ericsson model W995 ujung tahun lepas

Adakah aku tidak berpuas hati ngan model nie?
Adakah aku nak menunjuk-nunjuk?
Adakah aku terlampau banyak duit sampai tak tahu nak beli aper?
Adakah aku tamak sangat sampai nak guna tiga handphone?
(3 sebab aku still guna fon yang lama)

Nokia 1110

JAWAPANNYA =TIDAK, TIDAK, TIDAK dan TIDAK


Sebenarnya 
Handphone adik aku rosak
Tinggal yang mak aku punya jer kat rumah
Telefon rumah plak dah lama bermasalah
Selalu tak ader line sebab manusia-manusia yang tak reti nak buat kejer lain
Asyik mencuri kabel telefon jew
~



(╯_╰)


Susah sangat kalau nak saling contact mengcontact biler ader satu jer fon kat rumah
Terutamanya biler adik aku pergi kem, tuisyen, seminar atau apa-apa yang berjauhan dengan mak aku
Bukan susah tapi sangat-sangat susah!!
Oleh yang demikian, aku membeli handphone baru untuk diberikan kepada dua orang kesayanganku di rumah tu.
Supaya semuanya kembali seperti sediakala
Supaya episod risau dan sedih berkurangan
Supaya penyakit kerinduan dapat diubati
Supaya kasih-sayang terus berpanjangan. 



 (◡‿◡✿)






È